KELUARGA

:: 8 FEBRUARI 2013 ::






Tanggal 8 FEB 2013 tepat jam 12.15 perginya seorang insan yang amat disayangi oleh ayahku sendiri... NENDAku...di usia 78 tahun akibat sakit tua dan kencing manis.

Setelah hampir 5 bulan menanggung derita akibat penyakit gangren akhirnya dia menyahut panggilan illahi dihadapan 8 orang anaknya, 3 orang menantu, 2 orang cucu.

Sungguhpun pergimu satu kesedihan namun kami semua redha kerana pergimu pada hari yang sangat-sangat baik iaitu pada hari JUMAAT, penghulu segala hari. Hari yang sangat diidam2kan oleh semua umat ISLAM...Syukur kerana kau tidak lagi derita... tenanglah kau disana... semoga perjalananmu dirahmati dan ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh


AL-FATIHAH buat NENDAKU

HAJAH AMINAH BINTI LEBAI HUSSEIN
1934 - 2013

No comments:

Post a Comment