KALAM HATI

Assalamualaikum .....
 
Semenjak terjadi kisah perit dalam hidup aku beberapa bulan yang lepas, aku semakin berhati-hati mengatur langkah... macam mana nak cakap eh, sedih, sakit terluka pedih semua dalam satu rasa... kadang-kadang tak terbayang bagaimana sakitnya hati saat dilukai...
 
Mengenang kembali apa yang terjadi memang tidak terjangka memang tidak bersedia, segala usaha telah aku lakukan demi kebaikan bersama... tetapi tuduhan demi tuduhan, hinaan demi hinaan aku terima membuatkan aku rebah... ditambah dengan perubahan yang sangat mendadak menyebabkan aku semakin keliru dengan keadaan ketika itu...
 
Memang rasa sangat sangat sangat sangat terluka saat orang yang kita sayang , orang yang kita puja berlaku tidak jujur dengan kita sedangkan selama ini sepenuh kesetiaan aku letakkan padanya tanpa berbelah bahagi namun kuasa ALLAH mengatasi segala-galanya...
 
Bergelar seorang wanita memang tidak lari dari mengalirkan airmata kerana itu mungkin cara terbaik untuk meluahkan segala keperitan yang dilalui... Doa ku pohon ke hadrat yang ESA agar segalanya ditunjuk dengan jelas dan nyata dan akhirnya terungkai jua segalanya... semakin banyak yang aku tahu sebenarnya semakin menyakiti hati ku...
 
Kuasa ALLAH mengatasi segalanya, aku pohon agar hati aku kuat untuk hadapi keluakaan ini dan akhirnya aku ditinggalkan tanpa sebarang ihsan... setelah 10 tahun lalui bersama suka dan duka terlerai juga ikatan itu... tiada lagi airmata yang dapat aku alirkan cuma senyuman pahit untuk memberitahu yang aku sedang kuat hakikatnya aku mahu rebah bila kata-kata itu dilafazkan...
 
Yang lebih menyakitkan apabila luahan yang membunuh jiwa aku itu dilafazkan ketika dia bergembira bersama insan lain yang juga bernama WANITA... aku juga wanita aku juga tahu apa itu sakit kerana terluka tapi yang menambah luka hatiku perempuan itu tidak hiraukan apa yang aku rasa saat aku luahkan padanya... malah jawapan yang diberi terus menyebabkan aku ingin menampar saja mukanya... "tak de hati perut ke kau ni, tak de hati dan perasaan ke....kau jugak perempuan sama dengan aku... kau tak rasa ke apa yang kau buat ni salah....." tapi semua tu hanya ku tuturkan didalam hati...sudah tiada daya untuk berjuang....
 
Apalagi yang aku harapkan lagi andai sebenarnya aku memang sudah tidak penting lagi dalam hidupnya...segalanya diungkit di sebut2 seolah2 tak pernah ada satu kebaikan yang pernah aku buat untuk bahagiakan dia...
 
Tak perlu lagi fikirkan namun ia pengalaman yang sangat berharga buat aku dan aku takkan lupa sampai bila2... indahnya sementara sakitnya selamanya...
 
MOga kau bahagia bersama insan pilihan hati, moga tenang lalui jalan yang kau pilih, aku kini sendiri melalui hari2 mendatang, selagi sisa hayat ku masih ada aku takkan pernah lupa apa yang terlah berlaku antara kita selama 10 tahun mengikat kasih... sayang ini sentiasa dihati namun tertanam ke dalam luka yang sgt parah dan mungkin takkan terubat sampai bila-bila...
 
Buat wanita itu, tahniah kerana berani mengambil risiko, lama kelamaan kau akan tahu dan faham apa yang aku rasa....jangan pernah menyesal andai sesuatu terjadi , andai kau disakiti,,, bersabarlah kerana itu jalan yang kau pilih....
 
Kini aku bahagia sendiri mengisi hari dengan sesuatu yang lebih indah dan bermakna... terima kasih atas pengalaman yang kau berikan....
 
___________________________________________________END __________________________

SUSAH SANGAT KE NAK JUJUR ?

assalamualaikum...

Tajuk tu akan memberi pelbagai jawapan kan? Hope so entry ini tidak disalah erti oleh mana-mana pihak... ia cuma berdasarkan pengalaman aku sahaja... tiada niat untuk mengatakan dia salah dia betul...

Selepas apa yang berlaku banyak persoalan yang bermain difikiran, tak terluah tapi apa lagi daya, yang berlalu biarlah berlalu...

Makin cuba dilupakan main datang dekat semakin dekat hakikatnya semua itu hanya pengalaman yang amat perit, apa yang aku nak kongsi ni adalah pengalaman seseorang yang berlaku sekarang ini...

Tak nak kupas lanjut, the point is kenapa susah sangat nak JUJUR atau mengaku status diri.. terutama bila dah kawin tapi mengaku bujang... ? apa alasan yang sesuai nak beri, takut pihak kita tak nak kawan ke atau lain2?

Pada aku berterus terang itu lebih baik dari mendatangkan masalah yang besar kemudian hari, hati kadang2 rasa nak marah pun ada, apa yang susah sangat... kalau dah kawin cakap je dah kawin full stop... tak bermakna dah kawin tak boleh kawan cuma bezanya cara kita berkawan itu... haish tak tau lah nak cakap macam mana...

Keadaan macam ni seolah2 memaksa kami2 ni mencari jawapan sendiri n yet menyakitkan hati apa yang terdetik dihati selama ni adalah kenyataan...

Hope so berubahlah, jadilah insan yang lebih jujur...bukan susah rasanya lebih mudah dan tidak akan menimbulkan masalah besar kemudian hari...Lihatlah sendiri orang keliling yang sentiasa menyayangi kita tanpa berbelah bahagi tapi kerana ketidakjujuran ini bakal memusnahkan segalanya...

mode :: masih geram dengan manusia yang SUSAH SANGAT NAK JUJUR... kalau dengan orang lain boleh menipu apetah lagi dengan diri sendiri... sudah2lah tu...

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA KE TANAH JUA....


__________________________________end_________________________________
 

No comments:

Post a Comment