ASSALAMUALAIKUM SEMUA
Blog ni adalah blog ceritera kehidupan aku dan orang sekelilingku, ape jua yang aku baca, yang aku tahu dan apa jua yang aku lalui akan dikongsi dalam blog ni...Ini mungkin cara terbaik buat aku untuk aku ekspresikan segala yang aku rasa...
Tidaklah pandai dalam berblogging cuma merasakan ini medium terbaik untuk aku berkongsi apa sahaja selagi ia tidak melanggar ape jua tatacara...selain menambah kenalan, korang juga boleh mengenali aku secara tidak langsung kan kan kan...ahak perasan aku nih....
Hidup erk....sepanjang 31 tahun aku hidup macam2 aku lalui, semua aku rasa, manis, pahit, suka duka bahagia sengsara, jatuh bangun... insyALLAH nanti aku kongsikan sedikit demi sedikit agar dapat jadikan dorongan atau sebagai sempadan untuk terus menempuh hidup...
Kenangan... pada aku bukan mudah untuk dilupakan tak kiralah manis ke pahit ke, kita akan ingat sampai bila2 walaupun bukan setiap masa tp pasti akan sampai satu keadaan yang menyebabkan kita akan refresh balik minda...Mungkin bila ingat balik kenangan yang sedih kita sudah mampu untuk tersenyum walaupun ia sangat perit kerana itulah pengalaman... Pengalaman adalah GURU paling baik dalam kita mengatur masa depan...Banyakkan yang kita dapat belajar dari pengalaman...dari pengalaman juga menjadikan kita lebih dewasa...
Hope dari blog ini kita dapat berkongsi semua rasa ...
#akumasihsetiadisini
No comments:
Post a Comment